~SEMOGA MENDAPAT MANFAAT YANG BERGUNA DARIPADA BLOG INI~

Thursday, 23 February 2017

TUGASAN 1- KRITIK BLOG

Blog..blog..blog..
Minggu ke-2 nie Sir Fadhil minta kami untuk choose 5 blog pilihan hati..cewaahh..hehe. So, lepas pilih 5 blog tu kami diminta untuk kritik habis-habisan..woooww 😏 haha takdelah..cuma cari kelebihan dan kekurangan blog yang dah dipilih tu haa..Okay, check it out..

1. Blog Fiksyen Shasha


  • Blog Fiksyen Shaha atau dikenali sebagai FS ni blog feveret saya ! Kalau ada masa terluang saya mesti singgah jap kat blog ni untuk baca cerita seram. tapi biasanya saya baca waktu siang laa..hehee..kalau korang bosan2 bolehlah visit blog ni yee..haa lagi satu, blog nie bukan ditulis oleh pemilik blog saja tau, tapi orang ramai pon boleh post cerita kat blog nie..kalau korang ada pengalaman ataupun cerita-cerita seram dialu-alukan untuk tulis kat blog nie ea..👻

Gambar 1: Header blog Fiksyen Shasha.

Kelebihan.

        👻 Design yang simple dan sesuai dengan tema blog iaitu seram.
        👻 Susunan cerita teratur dan kemas.
        👻 Post2 sentiasa di update untuk tatapan pembaca setia blog..(mcm saya 😍)

Kekurangan.

        👻 Ada pop-up yang menghalang pembaca setiap kali pembaca klik pada page baru. contoh:




         👻 Tiada widget jam ataupon kalender (senang nak tengok jam pukul berapa..untuk mengelakkan baca blog ni pukul 12 malam..hehee)


2. Blog Cik Nurfarah.

  • Nak cerita serba sedikit tentang blog cik nurfarah ni. Basically, blog cik nurfarah ni more kepada tutorial untuk menghasilkan blog. Macam nak hias blog tu haa. Cik nurfarah turut mengambil tempahan bagi sesiapa yang nak buat blog. Dengan blog pon boleh buat duit woo..😎. In case kalau korang nk buat tempahan bolehlah visit blog cik nurfarah ni yaa.

Gambar 1: Header blog cik nurfarah

Gambar 2: Content blog cik nurfarah

Kelebihan:
  • Design blog menarik dan teratur.
  • Mempunyai banyak maklumat dan tips-tips.
  • Sentiasa up-to-date (last post pada 4 Feb 2017)
Kekurangan:
  • Tiada widget seperti jam dan kalender (sebab saya seorang yg mematuhi masa 😌)
  • Tiada lagu untuk didengari (saya suka mendengar lagu sambil membaca blog) hehee..
  • Warna yang digunakan untuk blog tidak begitu menarik. walaupun saya menyukai warna pink tapi blog cik nurfarah ni terlalu pinky sangat..
  • Font blog ni terlalu halus..pening saya nak membacanya..(dah laa saya rabun 😣)

3. Blog Masam Manis
  • Untuk blog ke-3 ni saya memilih blog Masam Manis untuk dikritik. Haa tengok tajuk pon dah boleh agak kan blog nie pasal ape ? Tak boleh teka gak? Blog ni pasal baking (buat kek). Tapi selain tu blog Masam Manis ni pon ade sediakan tips-tips untuk photographer. Disebabkan minat penulis blog pada baking dan phography so, terhasil lah blog Masam manis ni. Di bawah ni saya ade printscreen gambar-gambar blog Masam Manis.
Gambar 1: Header blog Masam Manis

Gambar 2: Post blog Masam Manis.


Kelebihan:
  • Mempunyai banyak informasi dan mudah difahami.
  • Isi tidak terlalu panjang kerana turut diselitkan dengan gambar dan penerangan.
  • Blog kemas dan menarik.
  • Blog up-to-date (last post pada 17 Feb 2017)
Kekurangan:
  • Tidak mempunyai jam dan kalender serta lagu.
  • Header dan design blog terlalu simple.
  • Penulis blog tidak berinteraksi dengan pembaca blog. Penulis tidak membalas komen daripada pembaca. (tidak mesra)
4. Blog Zackzukhairi/ Realiti Konspirasi

  • Blog yang santai serta boleh mengurangkan stress yang ada dalam diri. Ini komen yang boleh saya berikan untuk blog Zackzukhairi ini. Gaya penulisan yang sangat sempoi dan mesra pembaca. Kalau korang nk release tension boleh lah search blog abang nie..cewahh..hehee.
Gambar 1: Header dan content di blog Realiti Konspirasi

Kelebihan:
  • Header serta design yang simple tapi menarik.
  • Menggunakan gaya penceritaan yang menarik dan santai serta mencuit hati.
  • Setiap cerita turut disertakan sekali dengan gambar.
Kekurangan:
  • Blog sudah lama tidak di 'update' (last update 2 Ogos 2013)
  • Tiada interaksi dengan pembaca.

5. Blog Dunia Sebenar Shida.

  • Haaa..tengok tajuk pon dah boleh agak kan blog nie pasal ape ? Banyak yang dikongsikan dalam blog ni..bukan setakat cerita tentang penulis blog je tauu..tapi ada jugak tutorial blog dan juga sesiapa yang ingin menempah blog atau banner boleh g kat blog Dunia Sebenar Shida. Dengan blog ni memang boleh jana pendapatan la kan ? Kat bawah ni komen saya tentang blog ni yaa..

Kelebihan:
  • Menggunakan design serta warna yang bersesuaian (sejuk mata memandangg)
  • Mempunyai cerita yang banyak serta isi yang bermanfaat.
Kekurangan:
  • Mempunyai banyak iklan.
  • Jalan cerita yang terlalu panjang..sesape yang malas membaca mesti bosan kann..huhu
  • Gambar yang disertakan kurang menarik. Gambar yang penulis gunakan terlalu formal..

No comments:

Post a Comment