teori yang lahir daripada masyarakat yang menjadi objek dan subjek dalam kajian
3 TEORI UTAMA:
1. Fungsionalisme
-melihat masyarakat berada dalam keadaan stabil dan mantap. Masyarakat dilihat sebagai satu keseluruhan yang terdiri daripada bahagian-bahagian. Setiap bahagian berfungsi, dengan erti lain setiap bahagian memberi sumbangan terdapat wujudnya keseluruhan yang dimaksudkan.
Tokoh: Emile Durkheim, Robert Merton.
2. Konflik : Teori ini menganggap konflik adalah satu aspek utama (fundamental) dalam kehidupan masyarakat, dan ia tidak mungkin dapat diatasi sepenuhnya. Mereka yang berkuasa sentiasa bertindak memastikan agar kedudukan mereka terus kekal begitu. Struktur yang mereka bina dan gunakan keatas masyarakat memberi banyak faedah kepada diri mereka sendiri.
Tokoh: Karl Marx, Simmel.
3. Interaksionisme Simbolik: membincangkan tentang peranan individu dalam sesuatu sistem sosial. teori ini mengkaji bagaimana seseorang menginterpretasi dan bertindak mengikut kemahuan masing-masing dalam masyarakat.
Tokoh: George Herbert Mead
No comments:
Post a Comment