~SEMOGA MENDAPAT MANFAAT YANG BERGUNA DARIPADA BLOG INI~

Friday, 16 November 2018

Nota Kuliah 2

Pengurusan murid dan juga kaedah pengurusan murid amat penting sebagai strategi dalam memastikan proses PdP berjalan dengan lancar.

MAKSUD PENGURUSAN
-Aktiviti yang teratur (sistematik) bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus yang dikemukakan tentang sesuatu masalah yang hakikatnya sudah dikenalpasti (Ahmad Mahdzan, 2004)

-Pengurusan merupakan satu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan (Stoner,1984)

KAEDAH PENGURUSAN

1. PENDEKATAN DAN KAEDAH PENGURUSAN

i) Berpusatkan Pelajar

  • Bermaksud pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa yang diajar dan bagaimana ia dapat mempelajarinya. Ada sedikit kecenderungan terhadap pembelajaran eksperiental dan membuat penemuan untuk mereka (Martin et al, 1994)
  • Dapat menggalakkan pelajar bertanggungjawab dan melibatkan diri bagi membantu mereka belajar bagaimana untuk belajar.
  • Strategi ini lebih sesuai digunakan apabila maklumat tidak disampaikan secara berkesan dalam strategi berpusatkan guru dan apabila matlamatnya adalah untuk memperkembangkan kemahiran pemikiran kreatif dan kritis.
  • Guru masih berkuasa dan memberi sedikit tanggungjawab kepada pelajar.

ii) Berpusatkan Bahan

  • Bermaksud guru menggunakan pelbagai bahan seperti buku, blok-blok binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat sumber, pusat akses kendiri dan lain-lain untuk menjalankan pengajarannya.
  • Penggunaan buku yang digunakan semenjak dahulu sebagai satu bentuk pengajaran berpusatkan bahan yang utama.
  • Bahan yang lebih canggih adalah pakej pembelajaran berasaskan komputer, video, interaktif, bahan dalam laman web, telekonferens, konferens video dan telematiks.
  • Cara ini penting bagi membantu guru memenuhi keperluan pelajar yang pelbagai.

iii) Berpusatkan Guru
  • Guru berada di tengah-tengah aktiviti bilik darjah.
  • Pengajaran langsung bergantung kepada guru untuk mengarah pemikiran pelajar dan penglibatan.
  • Juga dikenali sebagai pengajaran eksplisit.
  • Berguna untuk menyampaikan fakta-fakta khusus dan kemahiran tertentu.
  • Guru bercakap lebih daripada pelajar semasa pengajaran.
  • Buku teks merupakan panduan untuk apa yang diajar dalam kelas.
  • pelajar tidak bebas untuk bergerak dalam bilik darjah.
iv) Berpusatkan Tugasan/aktiviti

  • Bermaksud guru melibatkan pelajar dalam aktiviti atau tugasan yang memberikan peluang kepada pelajar untuk melatih atau mengaplikasikan apa-apa yang dipelajari.
  • Aktiviti yang dipilih harus berfokus kepada matlamat utama topik yang ingin diajar dimana guru perlu memberikan perhatian kepada jenis aktiviti yang boleh menuju pencapaian matlamat tersebut.
  • Aktiviti akan menyediakan peluang untuk berinteraksi dan membuat refleksi, bukannya aktiviti yang dilaksanakan secara individu.


2. PENDEKATAN DAN KAEDAH KHUSUS

i) Pengurusan Bahan Pembelajaran
ii) Pengurusan Tempat
iii) Pengurusan Masa
iv) Pengurusan Siapa yang Mengajar

3. KONSEP GURU PROFESIONAL
-Guru yang profesional haruslah mampu menguasai dan mengurus 7 jenis pengetahuan berikut:

i) Pelajar
ii) Pedagogi
iii) Kurikulum
iv) Konten-pedagogi
v) Kandungan mata pelajaran
vi) Konteks Pendidikan di Malaysia
vii) Tujuan dan falsafah pedidikan di Malaysia

4. PENGURUSAN PEMBELAJARAN DARI PELBAGAI ASPEK:
i) Tradisional
ii) Moden
iii) Barat
iv) Islam
v) Cina
vi) India
vii) Pembelajaran sepanjang hayat


PENGURUSAN SEKOLAH

Menurut Sharpe (1989), sekolah merupakan organisasi yang unik dan tidak terdapat pada mana-mana organisasi di dunia.

MATLAMAT PEMBELAJARAN

i) Didik (educere) Ilmu, Berterusan
ii) Latih (educare) Kemahiran, Terbatas
iii) Pendidikan ialah sistem
iv) Pendidikan ialah proses
v) Pendidikan ialah penambahan ilmu
vi) Pendidikan ialah mendidik

KESAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

i) Dimensi Interinsik
-Percaya dan patuh kepada Tuhan
-Berilmu
-Berketerampilan
-Berakhlak
-Bertanggungjawab
-Sejahtera diri

ii) Dimensi Instrumental
- Berupaya memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara

TAHAP PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

1) Perancangan: Analisis keperluan dan persiapan dokumen kurikulum.
2) Implementasi: Pelaksanaan sebenar kurikulum di bilik darjah
3) Penilaian: Penilaian bagi keperluan pembaikan atau perubahan kurikulum

PRINSIP PENGAJARAN

i) Merancang
ii) Kepelbagaian teknik
iii) Penglibatan pelajar
iv) Ambil kira perbezaan individu
v) Pengalaman sedia ada
vi) Merangsang fikiran

PRINSIP PEMBELAJARAN

i) Latihan
ii) Kondusif
iii) Bermatlamat
iv) Penglibatan aktif
v) Persediaan awal
vi)Mengkaji murid
vii) Unsur dorongan

FAKTOR MEMPENGARUHI KESEDIAAN BELAJAR

i) Kematangan fizikal
ii) Mengekalkan perhatian
ii) Dorongan
iv) Sosial dan persekitaran
v) Pengalaman sedia


No comments:

Post a Comment