~SEMOGA MENDAPAT MANFAAT YANG BERGUNA DARIPADA BLOG INI~

Friday, 23 November 2018

DAPATAN KAJIAN 3

TEMUBUAL

1. SEKOLAH BANDAR

Responden 1 ( Guru Penolong Kanan Pentadbiran)

  • Budaya Belajar: Pihak sekolah meletakkan informasi  dan papan tanda mengenai subjek kokurikulum dan isu semasa di sekeliling sekolah. Pihak sekolah membuat galeri visual di sudut bawah tangga sekolah mengenai subjek-subjek.


  • Budaya Berpakaian: Menyuruh pelajar memakai pakaian serba putih dan memastikannya bersih sehingga tamat waktu persekolahan.
  • Budaya Membaca: Mengadakan setiap sudut di dalam sekolah sebagai pusat sumber seperti pejabat, surau, blik darjah, kantin dan tangga.

  • Budaya ICT: Guru juga diberi penekanan penggunaan ICT ketika ketiadaan di kelas.
  • Budaya Kerohanian: Mewujudkan persekitaran sekolah dengan budaya Islam. Mengadakan bacaan Al-Mathurat dan Yasin setiap minggu. Melatih pelajar lelaki menjadi imam di sekolah.


Responden 2 (Ketua Pelajar)

  • Budaya Membaca: Guru akan menyediakan satu bakul buku pada setiap kelas supaya dapat menggalakkan pelajar membaca.
  • Budaya Antara Kaum: Pelajar berlainan bangsa akan dicampurkan untuk duduk di dalam setiap kumpulan.
  • Budaya Belajar: Pelajar yang cemerlang akan dicampurkan dengan pelajar lemah ketika di dalam kelas.
  • Budaya Penyayang: Pengetua akan dipanggil “ummi” untuk mengeratkan lagi hubungan.
Responden 3 (Pelajar)

  • Budaya Belajar: Mengadakan program “sinar pagi”.
  • Budaya Berpakaian: Tidak dibenarkan memakai pakaian bebas ketika kokurikulum. Ada juga pelajar yang tidak suka dengan cara berpakaian ini.
  • Budaya Penyayang: Adakan gotong-royong setiap kali pelajar habis peperiksaan.
  • Budaya Kerohanian: Ada pelajar yang tidak mahu menyertai kerana mahu fokus terhadap pelajaran.
2. SEKOLAH LUAR BANDAR

Responden 1 (Guru)

  • Budaya Membaca: Membuat slot bacaan pada awal perhimpunan dengan cara bacaan senyap. Bagi bangsa Cina dan India yang tidak memahami maksud bacaan akan dipantau oleh guru. Penting bagi menunjukkan identiti sekolah.
  • Budaya Bertanya: Kelas belakang akan lebih banyak bertanya dan menunjukkan minat ingin belajar yang tinggi.
  • Budaya ICT: Penggunaan VLE Frog sangat aktif dan akan membuatkan murid tertarik dan berasa seronok dalam subjek yang lemah.



No comments:

Post a Comment