~SEMOGA MENDAPAT MANFAAT YANG BERGUNA DARIPADA BLOG INI~

Friday 23 November 2018

DAPATAN KAJIAN 2

JOURNAL/ARTIKEL

Faktor Kewujudan Budaya Sekolah:

-Peraturan dan Undang-undang
-Waktu Persekolahan
-Pengasingan Pelajar
-Upacara dan Keramaian
-Matlamat Sekolah

Jenis Budaya di Sekolah:

1. Budaya Instrumental

  •  Penekanan diberi kepada kemahiran dan sikap pelajar untuk berjaya dengan cemerlang.
  • Sekolah memberi nilai yang tinggi kepada pencapaian yang tinggi dan kaedah – kaedah yang baik untuk mencapai matlamat ini. 



2. Budaya Ekspresif

  • Penekanan diberi kepada aspek – aspek seni, kreatif dan aspek – aspek yang menarik minat pelajar. 
  • Tujuannya ialah untuk memuaskan kehendak kreatif dan seni para pelajar .
  • Aktiviti diadakan untuk mereka menghilangkan ketegangan , serta meluahkan tenaga tanpa sebarang kawalan daripada kakitangan sekolah.

  • 3. Budaya Moral

    • Dapat dilihat melalui amalan di sekolah yang dilakukan untuk membentuk tingkah laku yang baik di kalangan pelajar dan guru.

    Budaya Dominan di Sekolah:

    1. Formal

    • Sistem pendidikan yang ditentukan oleh kerajaan mengikut dasar sesebuah negara. 
    • Pendidikan secara langsung yang diterima daripada institusi – institusi tertentu seperti sekolah, universiti atau  maktab.
    • Tujuan pendidikan formal: mengembangkan aspek – aspek tertentu seperti Kognitif (mental dan pemikiran), Afektif (nilai dan sikap) serta aspek Psikomotor (kemahiran fizikal dan jasmani).
    • Contoh : Aktiviti kokurikulum, kelab persatuan dan unit beruniform. 

    2. Informal


  • Pembelajaran yang terlaksana secara tidak langsung atau secara tidak sedar.
  • Ilmu pengetahuan biasanya akan diperoleh melalui pengalaman di sekitarnya.
  • Pembelajaran informal tidak menetapkan isi pelajaran atau bahan pelajaran yang perlu dikuasai. 
  • Tidak ada penilaian digunakan untuk menentukan pencapaiannya. 



  • No comments:

    Post a Comment