Selain itu, kewujudan budaya juga adalah bergantung kepada pelbagai aspek seperti kepelbagaian latar belakang, peraturan atau undang-undang dan sebagainya. Walau bagaimanapun, penerapan budaya adalah merupakan tanggungjawab setiap individu. Maka, setiap orang mestilah berusaha untuk mempamerkan dan mengamalkan budaya-budaya positif supaya dapat mencapai kecemerlangan bersama. Semoga generasi peneraju negara yang akan datang seimbang meliputi segenap aspek yang dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu merangkumi elemen jasmani, rohani, emosi, intelektual dan sosial.
No comments:
Post a Comment