~SEMOGA MENDAPAT MANFAAT YANG BERGUNA DARIPADA BLOG INI~

Wednesday 22 March 2017

TUGASAN 3 - EXCEL

Tugasan minggu ke 5 ini nampaknye semakin mencabar..fuuhh 😪
Tapiiii..saya sukaaa..sebab dapat belajar perkara baru..
So ni la tugasan untuk minggu nie..


Mula-mula kena masukkan markah kemahiran hidup pelajar tingkatan 3 Melati.

Cara Untuk Menambahkan Ketiga-tiga Markah


1. Klik sel F6 lepastu masukkan tanda " = ".

2. Klik sel C10 + D10 + E10 dan klik Enter. (Sila rujuk gambar di bawah)






Ada SATU lagi cara yang mudah untuk menambahkan ketiga-tiga markah iaitu:

1. Highlight kan dari sel C19 sampai ke F19.

2. Pilih Autosum kat toolbar atas tu (rujuk gambar di bawah).



Cara kedua ni lagi mudah bagi saya sebab tak perlu banyak step..hehee..tapi depends kt korang nk ikut cara mana satu sebab dua2 nya betul..

Okayy so sekarang ni kita da dapat jumlah ketiga-tiga markah tu kan..sekarang kita nk tau dia punya gred pulak..camane ye nak buat? 😰

Don't worry..saya akan tunjukkan mcm mana nak tentukan gred untuk markah tu ye..

Cara Untuk Menentukan Gred Markah

1. First, korang kena buat list untuk markah dan gred(macam yg saya buat table sebelah kanan tu haa)

2. Lepas da buat table tu pergi kat Insert Function kat Bar yang saya dah bulatkan kt atas tu. sila rujuk gambar di bawah yee..

3. Bila dah keluar box Insert Function tu pilih Vlookup - klik ok.



4. Bila dah keluar box function arrangement tu.. korang kena masukkan lookup value. Lookup value tu klik dekat markah yang dah dijumlahkan (sel F5).


Box Function Arrangement untuk Vlookup



5. Untuk table array tu, highlightkan sel markah dan gred (lihat contoh dibawah)


6. Lepas tu korang kena masukkn simbol $ di antara sel utk table array tu (contoh dalam gambar dibawah)

7. Untuk col_index_num masukkan nombor 2 dan range lookup taip TRUE.


* Kenapa kena letak TRUE bukan FALSE ye? Ni tujuannya untuk kita dapatkan gred untuk kesemua markah 25 orang pelajar ni. So, xperlu lah kita buat step yang sama berulang-ulang kali.

Cara untuk dapatkan gred kesemua pelajar ialah dengan double click pada penjuru kanan sel F5 tu. korang akan perasan akan ada simbol + bila cursor menyentuh penjuru kanan sel tersebut. Kalau xnk double click, korang boleh juga seret/drag kotak tu sampai ke kotak terakhir...Haa..mudah kan ??


Tadaaa..inilah hasil gred yang dah diperolehi 🙋

Cara Untuk Membuat Graf

1. Mula-mula buat jadual Gred dan Bil untuk kita tahu berapa jumlah pelajar yg dapat gred A, B, dan C.

2. Highlight jadual tersebut.

2. Klik Insert - Chart - pilih graf yang dikehendaki.


Inilah graf yang terhasil

Itu saja perkongsian saya pada hari ini..diharap dapat memberi manfaat kepada readers sekalian..okey byeee..

No comments:

Post a Comment