~SEMOGA MENDAPAT MANFAAT YANG BERGUNA DARIPADA BLOG INI~

Tuesday, 23 May 2017

TUGASAN 7- ADOBE ILLUSTRATOR (AI)


Taraaaa...kali ini kita belajar macam mana nak edit business card menggunakan adobe illustrator(AI) dan Adobe Photoshop (PS). Kami belajar mcm mna nak buat business card. Ini semua kami siap kn dalam kelas selama 2 jam tau..Fuuhh first time siapkan assignment dlm kelas. Terima kasih sir sebab ajar kami banyak sangat pasal ict. Fyi, kami ambil template ni kat Freepik..banyak template untuk business card, banner, dan kad kahwin. Semoga berguna untuk korang semua..

#ps: ini assignment yang last..rsenye ini last post saya..tataaa
#semoga sir dapat evaluate blog saya dengan hati yang gembiraaa..

Assalamualaikum..

Thursday, 18 May 2017

TUGASAN 6- AUDACITY

"Rasa macam dah lama pula x menulis kat sini.. hahaha.. ok, tugasan ini agak mencabar sedikit.. sebab you all perlu hasilkan satu lagu featuring you all sendiri.. lirik yg hendak disampaikan mestilah mempunyai unsur2 pendidikan, nasihat ataupun apa sahaja nilai yg positif.. disini markah akan diberikan berdasarkan kemampuan anda mengedit lagu tersebut menjadi satu lagu baru yg unik.. sila save project dan letakkan file output dlm format MP3 di blog anda.. selamat mempelajari sesuatu yg amat menyeronokkan" -Sir Fadhil, 2017.

haaa jadi inilah tugasan kita pada kali ini..audacity yeahhh..saya dah pilih lagu laskar pelangi-kumpulan nidji sebab..lagu ni dekat sangat dengan jiwa saya dan banyak kenangan saya ada dengan lagu ni..moh lerr kita sama-sama dengar celoteh saya ya..maaf kalau suara saya tidak sesedap siti nurhaliza..ewahh..hahaa

https://sites.google.com/site/audacityzira/laskarpelangi/Nur%20Hazirah-laskar%20pelangi2.mp3?attredirects=0&d=1


okay klik link di atas ye..terima kasih..



Thursday, 27 April 2017

TUGASAN 5-POWERPOINT

Hi semuaaa..bertemu lagi kita pada kali ini dengan topik powerpoint. Haa mesti korang rasa topik ni senang kan.."alaa buat slide je kott..bukannya susah mana pon"..amboiii berlagak yee kamuuπŸ˜’ kali ni bukannya saya nk ajar yang buat slide tu je..tapi ni advance sikit..wuuuu..

Baiklahh..ni tugasan yang sir kami masukkan dalam group whatsapp kami..*nampak tak yang sir kami ni sporting? 😜



Memandangkan tugasan kali ini berkumpulan..saya, Hamizah dan Fatin (tiga serangkai🌹) dah menyiapkan video kami..*fuuhh..penat tau nk jadi pelakon nie..hahaa...Haa bila da siap shooting semua jadi lah macam ni video yang dah di edit and dimasukkan dalam powerpoint dan mempunyai aktif button..


So..inilah hasil powerpoint kami..kami ada masukkan button aktif, animation, video dan juga bunyi dalam video dan powerpoint kami..

Kalau korang nak tengok powerpoint yang full..boleh klik kat link di bawah ni yaa..confirm korang x menyesal lepas tengok powerpoint kami..*ayat bangga diriπŸ’ͺ


https://drive.google.com/open?id=0B2hqFWj0R19aMk0zWVJxYWczMHM

p/s: nampak x zirah dah tukar header baru tuuu?? kalau xnampak naahh teropongπŸ‘€..hehee gurau jekk









Wednesday, 29 March 2017

TUGASAN 4- MOVIE MAKER

Haii semuaaa..ini merupakan tugasan terakhir sebelum cuti midsem..yahuuuu..
Tugasan kali ini agak mudah sebab kami dikehendaki membuat video pembelajaran untuk murid-murid tahun 1 hingga tahun 6. Kami bebas untuk memilih subjek apa pun. Syaratnya video tu mestilah menarik dan tak terlalu lama (duration 3mins)..So..saya dah siapkan dah pun video saya. Saya pilih subjek sains tahun 4 iaitu ciri-ciri tumbuhan..Saya memilih untuk menggunakan Powtoon sebab..sebab apa ye? hehe sebab saya dah pernah gunakan Powtoon ni masa diploma dulu..Saya dah masukkan dekat Youtube dah pun video nie..harap2 nnti viral laa..cewahh berangan lebih..Okeylah..korang boleh la tengok video yang saya dah siapkan nie ea..*sambil makan popcorn..nyum..nyumm..hehee..

#perasan tak blog saya ni dah makin berseri macam tuan dia? cia..cia..cia..πŸ’†

Selamat bercuti guysss..naik cuti nanti ada lagi tugasan..fuhhh..


Wednesday, 22 March 2017

TUGASAN 3 - EXCEL

Tugasan minggu ke 5 ini nampaknye semakin mencabar..fuuhh πŸ˜ͺ
Tapiiii..saya sukaaa..sebab dapat belajar perkara baru..
So ni la tugasan untuk minggu nie..


Mula-mula kena masukkan markah kemahiran hidup pelajar tingkatan 3 Melati.

Cara Untuk Menambahkan Ketiga-tiga Markah


1. Klik sel F6 lepastu masukkan tanda " = ".

2. Klik sel C10 + D10 + E10 dan klik Enter. (Sila rujuk gambar di bawah)






Ada SATU lagi cara yang mudah untuk menambahkan ketiga-tiga markah iaitu:

1. Highlight kan dari sel C19 sampai ke F19.

2. Pilih Autosum kat toolbar atas tu (rujuk gambar di bawah).



Cara kedua ni lagi mudah bagi saya sebab tak perlu banyak step..hehee..tapi depends kt korang nk ikut cara mana satu sebab dua2 nya betul..

Okayy so sekarang ni kita da dapat jumlah ketiga-tiga markah tu kan..sekarang kita nk tau dia punya gred pulak..camane ye nak buat? 😰

Don't worry..saya akan tunjukkan mcm mana nak tentukan gred untuk markah tu ye..

Cara Untuk Menentukan Gred Markah

1. First, korang kena buat list untuk markah dan gred(macam yg saya buat table sebelah kanan tu haa)

2. Lepas da buat table tu pergi kat Insert Function kat Bar yang saya dah bulatkan kt atas tu. sila rujuk gambar di bawah yee..

3. Bila dah keluar box Insert Function tu pilih Vlookup - klik ok.



4. Bila dah keluar box function arrangement tu.. korang kena masukkan lookup value. Lookup value tu klik dekat markah yang dah dijumlahkan (sel F5).


Box Function Arrangement untuk Vlookup



5. Untuk table array tu, highlightkan sel markah dan gred (lihat contoh dibawah)


6. Lepas tu korang kena masukkn simbol $ di antara sel utk table array tu (contoh dalam gambar dibawah)

7. Untuk col_index_num masukkan nombor 2 dan range lookup taip TRUE.


* Kenapa kena letak TRUE bukan FALSE ye? Ni tujuannya untuk kita dapatkan gred untuk kesemua markah 25 orang pelajar ni. So, xperlu lah kita buat step yang sama berulang-ulang kali.

Cara untuk dapatkan gred kesemua pelajar ialah dengan double click pada penjuru kanan sel F5 tu. korang akan perasan akan ada simbol + bila cursor menyentuh penjuru kanan sel tersebut. Kalau xnk double click, korang boleh juga seret/drag kotak tu sampai ke kotak terakhir...Haa..mudah kan ??


Tadaaa..inilah hasil gred yang dah diperolehi πŸ™‹

Cara Untuk Membuat Graf

1. Mula-mula buat jadual Gred dan Bil untuk kita tahu berapa jumlah pelajar yg dapat gred A, B, dan C.

2. Highlight jadual tersebut.

2. Klik Insert - Chart - pilih graf yang dikehendaki.


Inilah graf yang terhasil

Itu saja perkongsian saya pada hari ini..diharap dapat memberi manfaat kepada readers sekalian..okey byeee..

Sunday, 19 March 2017

TUGASAN 2 - MAIL MERGE

Baiklah murid-murid..harini kita nak belajar cara-cara menghasilkan sijil dengan menggunakan kaedah mail merge ye..*ececeehh 😏

Assalamualaikum...tugasan yang diberi oleh Sir Fadhil untuk minggu ke-4 ni ialah membuat sijil oiii...sebelum ni memang tak pernah lagi belajar buat sijil ni..first time niee..so..post kali ni saya nak buat tutorial buat sijil ea..hehee..kami dikehendaki untuk membuat 10 keping sijil penyertaan dengan menggunakan 1 dokumen je tau..so..mari kita sama2 lihat jadi ke tak sijil ni ye..


Gambar 1: Senarai yang perlu ada dalam sijil tersebut.


Gambar 2: Ni contoh sijil yang saya dah siapkan. (ikut kreativiti masing2 ye)



Cara nak buat Mail Merge:
1. Klik dekat Mailings Toolbar.
2. Pilih Start Mail Merge - Step-by-Step Mail Merge Wizard.



Gambar 3: Contoh step 1 & 2

3. Untuk Select recipients pilih Type a new list - Create.


4. Bila dah keluar box untuk New Address List, klik Customize Columns then delete/rename maklumat yang korang x perlukan atau nak ubah.


5. Isikan nama pelajar dan no IC.

6. Klik Ok, then akan ada popup satu box untuk Save Address List tu sebagai dbs format.(gambar xde sebab saya lupa nak printscreen..hehee)

7. Next korang klik next pastu pergi kat Insert Merge Field kat atas tu. (lihat gambar di bawah)


8. lepastu korang boleh klik next sampailah complete the merge.


9. Korang dah boleh preview merge yang korang dah buat.
10. Untuk tengok senarai nama pelajar dan no IC yang kita dah buat tadi, korang boleh pergi kat dokumen dbs format tadi. List nama pelajar tu akan keluar.

Itu sahaja dari saya kali ini.. SELAMAT MENCUBAAA..

P/s: Di sini saya sertakan sekali link google drive untuk rujukan..πŸ˜„

1. SIJIL PENYERTAAN
https://drive.google.com/open?id=0B2hqFWj0R19aOFBVZDBlZ09yNDQ

2. MAIL MERGE
https://drive.google.com/open?id=0B2hqFWj0R19aaWdQUFN6ZVJvSXM


Thursday, 23 February 2017

TUGASAN 1- KRITIK BLOG

Blog..blog..blog..
Minggu ke-2 nie Sir Fadhil minta kami untuk choose 5 blog pilihan hati..cewaahh..hehe. So, lepas pilih 5 blog tu kami diminta untuk kritik habis-habisan..woooww 😏 haha takdelah..cuma cari kelebihan dan kekurangan blog yang dah dipilih tu haa..Okay, check it out..

1. Blog Fiksyen Shasha


  • Blog Fiksyen Shaha atau dikenali sebagai FS ni blog feveret saya ! Kalau ada masa terluang saya mesti singgah jap kat blog ni untuk baca cerita seram. tapi biasanya saya baca waktu siang laa..hehee..kalau korang bosan2 bolehlah visit blog ni yee..haa lagi satu, blog nie bukan ditulis oleh pemilik blog saja tau, tapi orang ramai pon boleh post cerita kat blog nie..kalau korang ada pengalaman ataupun cerita-cerita seram dialu-alukan untuk tulis kat blog nie ea..πŸ‘»

Gambar 1: Header blog Fiksyen Shasha.

Kelebihan.

        πŸ‘» Design yang simple dan sesuai dengan tema blog iaitu seram.
        πŸ‘» Susunan cerita teratur dan kemas.
        πŸ‘» Post2 sentiasa di update untuk tatapan pembaca setia blog..(mcm saya 😍)

Kekurangan.

        πŸ‘» Ada pop-up yang menghalang pembaca setiap kali pembaca klik pada page baru. contoh:




         πŸ‘» Tiada widget jam ataupon kalender (senang nak tengok jam pukul berapa..untuk mengelakkan baca blog ni pukul 12 malam..hehee)


2. Blog Cik Nurfarah.

  • Nak cerita serba sedikit tentang blog cik nurfarah ni. Basically, blog cik nurfarah ni more kepada tutorial untuk menghasilkan blog. Macam nak hias blog tu haa. Cik nurfarah turut mengambil tempahan bagi sesiapa yang nak buat blog. Dengan blog pon boleh buat duit woo..😎. In case kalau korang nk buat tempahan bolehlah visit blog cik nurfarah ni yaa.

Gambar 1: Header blog cik nurfarah

Gambar 2: Content blog cik nurfarah

Kelebihan:
  • Design blog menarik dan teratur.
  • Mempunyai banyak maklumat dan tips-tips.
  • Sentiasa up-to-date (last post pada 4 Feb 2017)
Kekurangan:
  • Tiada widget seperti jam dan kalender (sebab saya seorang yg mematuhi masa 😌)
  • Tiada lagu untuk didengari (saya suka mendengar lagu sambil membaca blog) hehee..
  • Warna yang digunakan untuk blog tidak begitu menarik. walaupun saya menyukai warna pink tapi blog cik nurfarah ni terlalu pinky sangat..
  • Font blog ni terlalu halus..pening saya nak membacanya..(dah laa saya rabun 😣)

3. Blog Masam Manis
  • Untuk blog ke-3 ni saya memilih blog Masam Manis untuk dikritik. Haa tengok tajuk pon dah boleh agak kan blog nie pasal ape ? Tak boleh teka gak? Blog ni pasal baking (buat kek). Tapi selain tu blog Masam Manis ni pon ade sediakan tips-tips untuk photographer. Disebabkan minat penulis blog pada baking dan phography so, terhasil lah blog Masam manis ni. Di bawah ni saya ade printscreen gambar-gambar blog Masam Manis.
Gambar 1: Header blog Masam Manis

Gambar 2: Post blog Masam Manis.


Kelebihan:
  • Mempunyai banyak informasi dan mudah difahami.
  • Isi tidak terlalu panjang kerana turut diselitkan dengan gambar dan penerangan.
  • Blog kemas dan menarik.
  • Blog up-to-date (last post pada 17 Feb 2017)
Kekurangan:
  • Tidak mempunyai jam dan kalender serta lagu.
  • Header dan design blog terlalu simple.
  • Penulis blog tidak berinteraksi dengan pembaca blog. Penulis tidak membalas komen daripada pembaca. (tidak mesra)
4. Blog Zackzukhairi/ Realiti Konspirasi

  • Blog yang santai serta boleh mengurangkan stress yang ada dalam diri. Ini komen yang boleh saya berikan untuk blog Zackzukhairi ini. Gaya penulisan yang sangat sempoi dan mesra pembaca. Kalau korang nk release tension boleh lah search blog abang nie..cewahh..hehee.
Gambar 1: Header dan content di blog Realiti Konspirasi

Kelebihan:
  • Header serta design yang simple tapi menarik.
  • Menggunakan gaya penceritaan yang menarik dan santai serta mencuit hati.
  • Setiap cerita turut disertakan sekali dengan gambar.
Kekurangan:
  • Blog sudah lama tidak di 'update' (last update 2 Ogos 2013)
  • Tiada interaksi dengan pembaca.

5. Blog Dunia Sebenar Shida.

  • Haaa..tengok tajuk pon dah boleh agak kan blog nie pasal ape ? Banyak yang dikongsikan dalam blog ni..bukan setakat cerita tentang penulis blog je tauu..tapi ada jugak tutorial blog dan juga sesiapa yang ingin menempah blog atau banner boleh g kat blog Dunia Sebenar Shida. Dengan blog ni memang boleh jana pendapatan la kan ? Kat bawah ni komen saya tentang blog ni yaa..

Kelebihan:
  • Menggunakan design serta warna yang bersesuaian (sejuk mata memandangg)
  • Mempunyai cerita yang banyak serta isi yang bermanfaat.
Kekurangan:
  • Mempunyai banyak iklan.
  • Jalan cerita yang terlalu panjang..sesape yang malas membaca mesti bosan kann..huhu
  • Gambar yang disertakan kurang menarik. Gambar yang penulis gunakan terlalu formal..