~SEMOGA MENDAPAT MANFAAT YANG BERGUNA DARIPADA BLOG INI~

Friday 23 November 2018

PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Assalamualaikum dan hai..


Setelah sekian lama menyepi..akhirnya saya kembali dengan entry yang berlainan dari sebelumnya😇 Kali ini saya akan berkongsi maklumat berkaitan subjek yang sedang saya pelajari iaitu Pengurusan Pembelajaran. Untuk pengetahuan semua, maklumat yang saya peroleh ini daripada pensyarah saya ketika kuliah tetapi telah saya olah mengikut pemahaman saya sendiri. Diharap agar anda semua mendapat info yang berguna selepas membaca entry saya kali ini.✌ Anda boleh klik pada kandungan untuk membaca senarai nota-nota sepanjang kuliah..


Disini juga saya menyediakan pautan untuk ke Portfolio Kajian kumpulan kami:

1. Pendahuluan

2. Objektif Kajian

3. Metodologi Kajian

4. Persoalan Kajian

5. Teori

6. Dapatan Kajian 1

7. Dapatan Kajian 2

8. Dapatan Kajian 3

9. Dapatan Kajian 4

10. Penambahbaikan

11. Rumusan

12. Poster Pengurusan Pelbagai Budaya

13. Blog Kumpulan 

METODOLOGI KAJIAN

1. PEMERHATIAN

2. SUMBER ILMIAH

3. RUJUKAN

4. TEMUBUAL

PERSOALAN KAJIAN

Apakah budaya yang diterapkan di sekolah bandar dan sekolah luar bandar?

Adakah budaya di sekolah mempengaruhi prestasi sesebuah sekolah dan murid?

Adakah budaya di sekolah yang dipengaruhi kepimpinan guru dan akademik?

Apakah penerimaan setiap pihak terhadap budaya ini?

TEORI BUDAYA SEKOLAH

Budaya sekolah merupakan kualiti dan ciri-ciri kehidupan di sesebuah sekolah yang berhubung kait dengan norma, matlamat, hubungan sesama manusia, pengajaran,  pembelajaran,  kepemimpinan dan struktur organisasi.

Budaya sekolah  yang seimbang dan positif dapat membantu perkembangan pembelajaran generasi  muda  khususnya  para  pelajar.

Budaya  sekolah  yang  sihat  dapat  membantu  melahirkan generasi  pelajar,  keluarga  dan  pendidik  yang bekerjasama  dalam menjayakan  setiap  visi,  misi  dan aspirasi sekolah (Cohen, 2007). 


DAPATAN KAJIAN 1

SURAT KHABAR ONLINE

1. VLE-Frog (Persekitaran Pembelajaran Maya Frog)

2. Budaya Penyayang

3. TVET (Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional)

DAPATAN KAJIAN 2

JOURNAL/ARTIKEL

Faktor Kewujudan Budaya Sekolah:

-Peraturan dan Undang-undang
-Waktu Persekolahan
-Pengasingan Pelajar
-Upacara dan Keramaian
-Matlamat Sekolah

Jenis Budaya di Sekolah:

1. Budaya Instrumental

  •  Penekanan diberi kepada kemahiran dan sikap pelajar untuk berjaya dengan cemerlang.
  • Sekolah memberi nilai yang tinggi kepada pencapaian yang tinggi dan kaedah – kaedah yang baik untuk mencapai matlamat ini. 



2. Budaya Ekspresif

  • Penekanan diberi kepada aspek – aspek seni, kreatif dan aspek – aspek yang menarik minat pelajar. 
  • Tujuannya ialah untuk memuaskan kehendak kreatif dan seni para pelajar .
  • Aktiviti diadakan untuk mereka menghilangkan ketegangan , serta meluahkan tenaga tanpa sebarang kawalan daripada kakitangan sekolah.

  • 3. Budaya Moral

    • Dapat dilihat melalui amalan di sekolah yang dilakukan untuk membentuk tingkah laku yang baik di kalangan pelajar dan guru.

    Budaya Dominan di Sekolah:

    1. Formal

    • Sistem pendidikan yang ditentukan oleh kerajaan mengikut dasar sesebuah negara. 
    • Pendidikan secara langsung yang diterima daripada institusi – institusi tertentu seperti sekolah, universiti atau  maktab.
    • Tujuan pendidikan formal: mengembangkan aspek – aspek tertentu seperti Kognitif (mental dan pemikiran), Afektif (nilai dan sikap) serta aspek Psikomotor (kemahiran fizikal dan jasmani).
    • Contoh : Aktiviti kokurikulum, kelab persatuan dan unit beruniform. 

    2. Informal


  • Pembelajaran yang terlaksana secara tidak langsung atau secara tidak sedar.
  • Ilmu pengetahuan biasanya akan diperoleh melalui pengalaman di sekitarnya.
  • Pembelajaran informal tidak menetapkan isi pelajaran atau bahan pelajaran yang perlu dikuasai. 
  • Tidak ada penilaian digunakan untuk menentukan pencapaiannya. 



  • DAPATAN KAJIAN 3

    TEMUBUAL

    1. SEKOLAH BANDAR

    Responden 1 ( Guru Penolong Kanan Pentadbiran)

    • Budaya Belajar: Pihak sekolah meletakkan informasi  dan papan tanda mengenai subjek kokurikulum dan isu semasa di sekeliling sekolah. Pihak sekolah membuat galeri visual di sudut bawah tangga sekolah mengenai subjek-subjek.


    • Budaya Berpakaian: Menyuruh pelajar memakai pakaian serba putih dan memastikannya bersih sehingga tamat waktu persekolahan.
    • Budaya Membaca: Mengadakan setiap sudut di dalam sekolah sebagai pusat sumber seperti pejabat, surau, blik darjah, kantin dan tangga.

    • Budaya ICT: Guru juga diberi penekanan penggunaan ICT ketika ketiadaan di kelas.
    • Budaya Kerohanian: Mewujudkan persekitaran sekolah dengan budaya Islam. Mengadakan bacaan Al-Mathurat dan Yasin setiap minggu. Melatih pelajar lelaki menjadi imam di sekolah.


    Responden 2 (Ketua Pelajar)

    • Budaya Membaca: Guru akan menyediakan satu bakul buku pada setiap kelas supaya dapat menggalakkan pelajar membaca.
    • Budaya Antara Kaum: Pelajar berlainan bangsa akan dicampurkan untuk duduk di dalam setiap kumpulan.
    • Budaya Belajar: Pelajar yang cemerlang akan dicampurkan dengan pelajar lemah ketika di dalam kelas.
    • Budaya Penyayang: Pengetua akan dipanggil “ummi” untuk mengeratkan lagi hubungan.
    Responden 3 (Pelajar)

    • Budaya Belajar: Mengadakan program “sinar pagi”.
    • Budaya Berpakaian: Tidak dibenarkan memakai pakaian bebas ketika kokurikulum. Ada juga pelajar yang tidak suka dengan cara berpakaian ini.
    • Budaya Penyayang: Adakan gotong-royong setiap kali pelajar habis peperiksaan.
    • Budaya Kerohanian: Ada pelajar yang tidak mahu menyertai kerana mahu fokus terhadap pelajaran.
    2. SEKOLAH LUAR BANDAR

    Responden 1 (Guru)

    • Budaya Membaca: Membuat slot bacaan pada awal perhimpunan dengan cara bacaan senyap. Bagi bangsa Cina dan India yang tidak memahami maksud bacaan akan dipantau oleh guru. Penting bagi menunjukkan identiti sekolah.
    • Budaya Bertanya: Kelas belakang akan lebih banyak bertanya dan menunjukkan minat ingin belajar yang tinggi.
    • Budaya ICT: Penggunaan VLE Frog sangat aktif dan akan membuatkan murid tertarik dan berasa seronok dalam subjek yang lemah.



    DAPATAN KAJIAN 4

    PEMERHATIAN

    Status sekolah itu tidak penting. Jika kita membawa budaya positif pastinya kejayaan mengiringi.
    Tidak menyelidik dan memerhati keperluan sekeliling.


    • Budaya pembelajaran: Mengadakan perhimpunan dalam 100% menggunakan Bahasa Inggeris. Menggabungkan 3 kaum dan aktiviti “role play” mengenai sesuatu penerangan



    • Budaya Penyayang: Guru akan menyambut dan menyapa murid di pintu pagar sekolah pada setiap pagi.


    DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

    VLE-Frog: memberi pendedahan kepada guru-guru dan ibu bapa tentang kepentingan penggunaan VLE-Frog dalam PdP.

    Kegagalan Capaian Internet: pihak sekolah berhubung dengan pihak yang bertanggungjawab untuk memperbaiki capaian Internet.

    TVET: mengubah mentaliti masyarakat yang memandang serong terhadap pembelajaran kemahiran vokasional.

    Budaya Penyayang: perlu dijalankan secara konsisten.

    SEKOLAH BANDAR

    1) Budaya Pemakaian:
    -Guru menawarkan ganjaran/merit tambahan untuk markah kokurikulum bagi pelajar yang mematuhi kod etika pemakaian pada setiap aktiviti kokurikulum.

    2) Budaya Kerohanian:
    -Proses melatih pelajar menjadi imam hanya dilakukan pada waktu solat berjemaah agar tidak mengganggu proses PdP.

    SEKOLAH LUAR BANDAR

    Penggunaan Bahasa Inggeris dalam perhimpunan:
    -Menyampaikan maklumat-maklumat penting menggunakan Bahasa Melayu agar pelajar yang tidak menguasai Bahasa Inggeris memperoleh input yang disampaikan oleh guru.

    KESIMPULAN

      Konklusinya, kajian ini menunjukkan bahawa budaya sekolah adalah paling dominan dalam melahirkan insan yang cemerlang dari segi akhlak dan akademik. Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa budaya sekolah memainkan peranan yang besar dalam prestasi seseorang murid dan juga prestasi sesebuah sekolah. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan dan sekolah haruslah menitikberatkan penerapan budaya-budaya yang positif dalam sistem pendidikan supaya mampu memberi impak yang positif dalam diri pelajar.  

      Selain itu, kewujudan budaya juga adalah bergantung kepada pelbagai aspek seperti kepelbagaian latar belakang, peraturan atau undang-undang dan sebagainya. Walau bagaimanapun, penerapan budaya adalah merupakan tanggungjawab setiap individu. Maka, setiap orang mestilah berusaha untuk mempamerkan dan mengamalkan budaya-budaya positif supaya dapat mencapai kecemerlangan bersama. Semoga generasi peneraju negara yang akan datang seimbang meliputi segenap aspek yang dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu merangkumi elemen jasmani, rohani, emosi, intelektual dan sosial.


      PENDAHULUAN

      Malaysia adalah dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian budaya yang mampu menarik minat sesiapa sahaja yang melihatnya. Dengan adanya kepelbagaian budaya ini, maka dapat mewujudkan masyarakat yang melengkapi antara satu sama lain. Walaupun negara Malaysia hidup dengan bervariasi kaum, budaya dan etnik, peperangan tidak berlaku dan masyarakat hidup dalam keadaan yang harmoni dan damai. 

      Namun di dalam konteks pendidikan, kepelbagaian budaya tidak hanya dilihat dari segi etnik dan adat budaya sahaja malahan turut juga telah merangkumi skop yang lebih meluas seperti ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan juga lain-lain. Bukan itu sahaja kepelbagaian budaya juga boleh dikaitkan dengan budaya di dalam bilik darjah. Kepelbagaian budaya di dalam bilik darjah yang boleh dilihat dari aspek budaya belajar, budaya menghormati dan budaya nilam yang diterapkan oleh sesebuah sekolah tidak kira luar bandar mahupun sekolah di kawasan bandar. Hal ini wujud disebabkan beberapa faktor antaranya ialah faktor peraturan dan undangundang, waktu persekolahan, pengasingan pelajar, upacara dan keramaian dan matlamat sekolah. Oleh itu, kepelbagaian budaya ini mampu mencorak dan mengubah atau memberi impak kepada kehidupan seseorang berdasarkan budaya-budaya yang diterapkan. 

      Justeru, pengurusan pelbagai budaya ini mempunyai pandangan yang sangat meluas. Sebagai pihak pengurusan yang mengurus akan hal-hal kepelbagaian budaya ini, perlulah menerapkan budaya-budaya yang berunsur positif sahaja yang mampu memberi kesan kepada para pelajar terutamanya dalam kehidupan harian mereka. Pelajar-pelajar masa kini sudah terpesong jauh dengan mengikuti budaya-budaya barat di mana mereka lebih terdorong untuk mengikutinya. Oleh itu, budaya-budaya yang berunsur ketimuran dan mempunyai nilai-nilai yang positif perlu diperkasakan dalam sekolah agar budaya-budaya tersebut dapat digunakan pada masa hadapan.

       Menurut Kamus Dewan Bahasa & Pustaka edisi yang ke-4, perkataan “Pengurusan” didefinisikan sebagai pengawalan pengelolaan dan penyelenggaraan. Dengan erti kata lain, pengurusan boleh didefinisikan sebagai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan pentadbiran, perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepimpinan dan penilaian dalam konteks perkhidmatan. Dalam pengertian umum, budaya merupakan seluruh cara hidup masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkah laku manusia yang diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi yang lain melalui proses pembelajaran. 

      Konsep Pengurusan Budaya ialah satu konsep penyusunan dan perancangan yang teratur bagi sesebuah sekolah yang terdiri daripada pelajar yang datang dari pelbagai latar belakang. Hal ini juga merangkumi dari aspek sosialisasi dan pendidikan. Dalam kajian ini, pihak kami telah melakukan perbandingan budaya antara sekolah bandar dan luar bandar. Hal ini kerana, sudah sedia maklum bahawa sekolah bandar dan di luar bandar mempunyai corak budaya dan latar belakang yang berbeza. 


      OBJEKTIF KAJIAN

      Kajian ini dilakukan untuk mencapai beberapa objektif iaitu: 

      1. mengetahui jenis-jenis budaya  

      2. faktor yang mempengaruhi kewujudan budaya di sekolah 

      3. mengenal pasti budaya-budaya terkini yang diaplikasikan di sekolah menengah 

      4. memahami budaya-budaya yang diterapkan di sekolah menengah 






      Thursday 22 November 2018

      POSTER PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA


      Poster kumpulan kami tentang pengurusan pelbagai budaya.
      Poster ini adalah berdasarkan ringkasan kajian yang telah dilaksanakan.

      *KLIK PADA GAMBAR UNTUK MELIHAT DENGAN LEBIH JELAS😊

      Saturday 17 November 2018

      Nota Kuliah 5

      PENGURUSAN MURID

      Pengurusan murid di sekolah merangkumi beberapa komponen yang perlu dititikberatkan oleh guru iaitu dalam mengurus rekod murid, kesediaan murid belajar dan juga memotivasikan murid. Komponen-komponen ini amat penting untuk memastikan kebajikan murid dibawah tanggungjawab guru dipenuhi. Berikut merupakan huraian berkaitan dengan komponen pengurusan murid:

      1) Mengurus rekod murid
      • pengurusan hasil kerja murid
      • maklumbalas dan prosedur pemantauan
      • pemantauan kerja murid  in progress dan long-range
      • komunikasi tugasan dan keperluan tugasan
      2) Kesediaan murid belajar
      • kesediaan belajar bergantung kepada kelengkapan diri sendiri dari segi perkembangan mental, sikap, emosi dan fizikal.
      • kesediaan kognitif, afektif dan prikomotor
      3) Memotivasikan murid
      • tingkahlaku untuk mencapai keinginan dalam diri.
      • teknik intrinsik
      • teknik ekstrinsik
      *Antara bahan rujukan yang boleh dibaca:
      i) Retrieved from http://muhamadaizat.blogspot.com/p/pengurusan-murid.html
      ii) Retrieved from https://missugliest.blogspot.com/p/bab-5-pengurusan-murid.html


      Nota Kuliah 4

      KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

      GAYA KEPIMPINAN
      -Kepimpinan merujuk kepada keupayaan memimpin, merangkumi kebolehan, pencapaian, kejayaan pemompin dan sebagainya (Kamus Dewan, 2004)
      -Kepimpinan melibatkan bentuk interaksi antara pemimpin dan orang yang dipimpin (Amir Hassan Dawi, 2006)


      • bentuk hubungan sehala antara pemimpin dan yang dipimpin
      • Keputusan dicapai bersama.
      • Kurang mengambil bahagian dalam pelaksanaan aktiviti
      • Mengutamakan penganalisisan terhadap kepentingan dan keperluan mengikut keadaan.
      • Meyakinkan orang dengan kekuatan dan kebolehan diri.
      • Pemimpin yang mendengar dan melihat dahulu sebelum bertindak
      • Percaya pada diri sendiri dan berlaku konflik.

      KEMAHIRAN KEPIMPINAN GURU

      Tzenmeyer dan Moller (2005) menghuraikan 3 kemahiran kepimpinan guru:

      1. Kebolehan mempengaruhi pelajar ataupun rakan setugas dan bertindak sebagai fasilitator, mentor, pembimbing, pakar kurikulum, pembentuk pendekatan yang baru menerajui kumpulan pembelajaran.

      2. Mengambil bahagian dalam tugas-tugas operasi sekolah seperti penglibatan dan berperanan sebagai guru sumber, guru disiplin, guru persatuan dan bertindak selaras dengan matlamat yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

      3. Berupaya melakukan perubahan dengan memberi sumbangan idea yang baik, dapat diterima pakai dan melakukan tindakan sesudah dilantik sebagai ahli seperti PIBG, jawatankuasa kantin dan lain-lain.

      *Antara bahan rujukan lain yang boleh dibaca:
      i) Retrieved from http://datumudin.blogspot.com/2012/02/perbezaan-gaya-kepimpinan-situasi-dan.html




      Nota Kuliah 3

      Bab ini akan menghuraikan tentnag proses sosialisasi, agen-agen sosialisasi, interaksi dalm proses pembelajaran, dan juga teori yang dikemukakan oleh tokoh.

      PROSES SOSIALISASI

      1) Tahap Persiapan (preparatory stage)

      2) Tahap Meniru (play stage)

      3) Tahap Siap Bertindak (game stage)

      4) Tahap Penerimaan Norma Kolektif (generalized stage)

      AGEN-AGEN SOSIALISASI

      1) Keluarga

      2) Guru

      3) Agama

      4) Murid

      5) Rakan


      INTERAKSI DALAM PROSES PEMBELAJARAN

      -Menekankan bahawa interaksi sosial membentuk realiti
      -Manusia memainkan peranan yang mereka telah pilih dan sesuai mengikut situasi

      PERANAN GURU

      -mentamadunkan murid
      -pemantau
      -fasilitator
      -mendidik murid bagaimana belajar


      GURU SEBAGAI MODEL
      -Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, model ialah sesorang atau sesuatu yang dapat dijadikan contoh atau tauladan dari segi:

      i) Imej
      ii) Pengetahuan yang luas
      iii) Sifat kepimpinan
      iv) Emosi yang stabil
      v) Pencorak peribadi murid
      vi) Pengembang atau ejen sosial

      TEORI DAVID HARGREAVES :
      INTERAKSI DALAM BILIK DARJAH

      -3 alternatif jenis konsep diri yang perlu ada pada guru

      i) Guru penjinak singa
      ii) Guru penghibur
      iii) Guru romantik

      Friday 16 November 2018

      Nota Kuliah 2

      Pengurusan murid dan juga kaedah pengurusan murid amat penting sebagai strategi dalam memastikan proses PdP berjalan dengan lancar.

      MAKSUD PENGURUSAN
      -Aktiviti yang teratur (sistematik) bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus yang dikemukakan tentang sesuatu masalah yang hakikatnya sudah dikenalpasti (Ahmad Mahdzan, 2004)

      -Pengurusan merupakan satu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan (Stoner,1984)

      KAEDAH PENGURUSAN

      1. PENDEKATAN DAN KAEDAH PENGURUSAN

      i) Berpusatkan Pelajar

      • Bermaksud pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa yang diajar dan bagaimana ia dapat mempelajarinya. Ada sedikit kecenderungan terhadap pembelajaran eksperiental dan membuat penemuan untuk mereka (Martin et al, 1994)
      • Dapat menggalakkan pelajar bertanggungjawab dan melibatkan diri bagi membantu mereka belajar bagaimana untuk belajar.
      • Strategi ini lebih sesuai digunakan apabila maklumat tidak disampaikan secara berkesan dalam strategi berpusatkan guru dan apabila matlamatnya adalah untuk memperkembangkan kemahiran pemikiran kreatif dan kritis.
      • Guru masih berkuasa dan memberi sedikit tanggungjawab kepada pelajar.

      ii) Berpusatkan Bahan

      • Bermaksud guru menggunakan pelbagai bahan seperti buku, blok-blok binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat sumber, pusat akses kendiri dan lain-lain untuk menjalankan pengajarannya.
      • Penggunaan buku yang digunakan semenjak dahulu sebagai satu bentuk pengajaran berpusatkan bahan yang utama.
      • Bahan yang lebih canggih adalah pakej pembelajaran berasaskan komputer, video, interaktif, bahan dalam laman web, telekonferens, konferens video dan telematiks.
      • Cara ini penting bagi membantu guru memenuhi keperluan pelajar yang pelbagai.

      iii) Berpusatkan Guru
      • Guru berada di tengah-tengah aktiviti bilik darjah.
      • Pengajaran langsung bergantung kepada guru untuk mengarah pemikiran pelajar dan penglibatan.
      • Juga dikenali sebagai pengajaran eksplisit.
      • Berguna untuk menyampaikan fakta-fakta khusus dan kemahiran tertentu.
      • Guru bercakap lebih daripada pelajar semasa pengajaran.
      • Buku teks merupakan panduan untuk apa yang diajar dalam kelas.
      • pelajar tidak bebas untuk bergerak dalam bilik darjah.
      iv) Berpusatkan Tugasan/aktiviti

      • Bermaksud guru melibatkan pelajar dalam aktiviti atau tugasan yang memberikan peluang kepada pelajar untuk melatih atau mengaplikasikan apa-apa yang dipelajari.
      • Aktiviti yang dipilih harus berfokus kepada matlamat utama topik yang ingin diajar dimana guru perlu memberikan perhatian kepada jenis aktiviti yang boleh menuju pencapaian matlamat tersebut.
      • Aktiviti akan menyediakan peluang untuk berinteraksi dan membuat refleksi, bukannya aktiviti yang dilaksanakan secara individu.


      2. PENDEKATAN DAN KAEDAH KHUSUS

      i) Pengurusan Bahan Pembelajaran
      ii) Pengurusan Tempat
      iii) Pengurusan Masa
      iv) Pengurusan Siapa yang Mengajar

      3. KONSEP GURU PROFESIONAL
      -Guru yang profesional haruslah mampu menguasai dan mengurus 7 jenis pengetahuan berikut:

      i) Pelajar
      ii) Pedagogi
      iii) Kurikulum
      iv) Konten-pedagogi
      v) Kandungan mata pelajaran
      vi) Konteks Pendidikan di Malaysia
      vii) Tujuan dan falsafah pedidikan di Malaysia

      4. PENGURUSAN PEMBELAJARAN DARI PELBAGAI ASPEK:
      i) Tradisional
      ii) Moden
      iii) Barat
      iv) Islam
      v) Cina
      vi) India
      vii) Pembelajaran sepanjang hayat


      PENGURUSAN SEKOLAH

      Menurut Sharpe (1989), sekolah merupakan organisasi yang unik dan tidak terdapat pada mana-mana organisasi di dunia.

      MATLAMAT PEMBELAJARAN

      i) Didik (educere) Ilmu, Berterusan
      ii) Latih (educare) Kemahiran, Terbatas
      iii) Pendidikan ialah sistem
      iv) Pendidikan ialah proses
      v) Pendidikan ialah penambahan ilmu
      vi) Pendidikan ialah mendidik

      KESAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

      i) Dimensi Interinsik
      -Percaya dan patuh kepada Tuhan
      -Berilmu
      -Berketerampilan
      -Berakhlak
      -Bertanggungjawab
      -Sejahtera diri

      ii) Dimensi Instrumental
      - Berupaya memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara

      TAHAP PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

      1) Perancangan: Analisis keperluan dan persiapan dokumen kurikulum.
      2) Implementasi: Pelaksanaan sebenar kurikulum di bilik darjah
      3) Penilaian: Penilaian bagi keperluan pembaikan atau perubahan kurikulum

      PRINSIP PENGAJARAN

      i) Merancang
      ii) Kepelbagaian teknik
      iii) Penglibatan pelajar
      iv) Ambil kira perbezaan individu
      v) Pengalaman sedia ada
      vi) Merangsang fikiran

      PRINSIP PEMBELAJARAN

      i) Latihan
      ii) Kondusif
      iii) Bermatlamat
      iv) Penglibatan aktif
      v) Persediaan awal
      vi)Mengkaji murid
      vii) Unsur dorongan

      FAKTOR MEMPENGARUHI KESEDIAAN BELAJAR

      i) Kematangan fizikal
      ii) Mengekalkan perhatian
      ii) Dorongan
      iv) Sosial dan persekitaran
      v) Pengalaman sedia